Tuesday, April 22, 2008

Numenmail Runner
Sscripts Runner
Networkjutawan

Monday, April 21, 2008

Menutup Aurat

Definasi aurat dari segi bahasa ialah kekurangan. Dari segi syara' ialah sesuatu yang wajib disembunyikan dan yang haram dilihat.

Pengertian pertama daripada segi syara' ialah berkaitan dengan sembahyang. Menurut pendapat jumhur ulama', disyaratkan menutup aurat sekiranya terdaya, sekalipun ketika berada bersendirian di dalam gelap.

Menurut pendapat ulama' Hanafi, wajib menutup aurat ketika berada di khalayak ramai. Begitu juga ketika berseorangan, menurut pendapat yang shahih daripada mazhab itu. Justeru itu, tidak harus jika dilakukan sembahyang ketika berseorangan secara bertelanjang, sekaliun ia dalam rumah yang gelap gelita sedangkan terdapat pakaian yang bersih.

Wajib menutup aurat ketika bersembahyang dan juga pada masa-masa lain sekalipun ketika berada berseorangan, melainkan jika perlu seperti untuk mandi, buang air besar dan berintinjaa'.

Dalil yang mewajibkan menutup aurat ialah firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"...Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang)... ."

(Surah al-A'raaf 7:31)
Menurut Ibnu Abbas. "Apa yang dikehendaki di sini ialah pakaian ketika sembahyang." Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Wahai Asmaa', orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini".

Baginda Rasulullah s.a.w. pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.
Menurut ijma' ulama', wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada waktu sembahyang atau tidak.

Syarat Penutup Aurat

(a) Tebal dan Tidak Jarang

Wajib menutup aurat dengan kain tebal atau kulit atau kertas yang boleh menyembunyikan warna kulit dan yang tidak menjelaskan sifatnya. Jika kain nipis atau jarang boleh menampakkan apa yang di bawahnya atau membayangkan warna kulitnya seperti cerah atau kemerah-merahan, maka tidak sah bersembahyang dengannya, kerana tidak tercapai tujuan menutup aurat.

Sebaliknya, sekiranya kain itu boleh menyembunyikan warna kulit, tetapi membayangkan bentuk dan ukuran tubuh badan, maka sah bersembahyang dengannya kerana ia tidak dapat dielakkan sekalipun memakai kain tebal. Walaubagaimanapun, menurut pendapat ulama' Syafi'i, kain seperti itu makruh dipakai oleh orang perempuan dan khilaf al-Awla bagi orang lelaki.

Menurut pendapat ulama' Syafi'i, syarat penutup islah sesuatu yang tidak menjelaskan warna kulit, sekalipun menggunakan air yang keruh atau tanah. Tetapi tidak boleh menggunakan selubung yang sempit dan keadaan gelap sebagai penutup aurat. Menurut pendapat mereka juga, penutup mestilah suci.

Menurut ulama' Maliki jika penutup itu boleh menjelaskan apa yang di bawahnya, maka ia dikira seperti tidak menutup aurat. Tetapi jika membayangkan apa yang dibawahnya, maka dikira sebagai makruh.

(b) Maksud Menutup Aurat di Kalangan Ulama'

Ulama' Syafi'i dan Hanbali berpendapat hendaklah meliputi semua bahagian yang perlu ditutup, secara berpakaian atau seumpamanya. Tidak memadai menggunakan selubung yang semit dan keadaan gelap sebagai penutup aurat.

Menurut ulama' Hanafi dan Maliki memadai dengan keadaan gelap sebagai penutup aurat ketika darurat. Ini disebabkan menurut pendapat mereka, yang wajib ialah menutup aurat daripada penglihatan orang lain sekalipun penutupan itu dari segi hukum sahaja seperti tempat gelap bukanlah menutup aurat daripada pandangan matanya sendiri, sebagaimana yang difatwakan.

(c) Cara-cara Penutupan Aurat Yang Dituntut

Di kalangan ulama' Hanafi dan para fuqaha' lain, yang dituntut ialah menutup sekeliling aurat. Maka tidak wajib menutup di sebelah bawah atau bahagian baju. Oleh itu, sah sembahyang di atas kaca yang menampakkan semua yang terdapat di sebelah atasnya.

Jika terdapat sesuatu yang boleh menutup sebahagian aurat sahaja, maka wajib menggunakannya untuk menutup aurat, sekalipun dengan tangan sebagaimana pendapat yang asah di kalangan ulama' Syafi'i kerana tercapai tujuan menutup aurat. Sekiranya mencukupi untuk menutup dua kemaluan sahaja maka wajib ditutupkannya. Jika penutup itu hanya cukup untuk kedua-dua kemaluan hadapannya dahulu dan kemudian barulah kemaluan belakang menurut ulama' Syafi'i. Sebaliknya, menurut ulama' Hanafi dan Maliki, hendaklah diutamakan menutup kemaluan belakang dan kemudian barulah kemaluan hadapan. Wajib dikancingkan butang baju atau mengikat di tengah-tengah baju jika boleh menampakkan aurat ketika ruku' atau lain-lain lagi.

Sembahyang Menggunakan Pakaian Yang Haram


Menurut pendapat ulama' Maliki dan Syafi'i sah sembahyang dengan menggunakan pakaian yang haram tetapi penggunaannya haram.

Menurut pendapat ulama' Hanafi, sembahyang menggunakan pakaian tersebut adalah sah, tetapi penggunaan pakaian itu adalah makruh tahriim kerana tidak diharuskan memakainya seperti hukum memakai sutera bagi orang lelaki dan berdosa seperti hukum sembahyang di atas tanah yang dirampas tanpa keuzuran.

Inside Google

Inside AdSense: A note on traffic exchange program and makes money

Thursday, April 17, 2008

Forum Kampung

Komen & Aduan
Sila Nyatakan Sebarang Komen & Aduan Tentang Aplikasi Yang Terdapat Di KampungChat.Net

Pengumuman
Pengumuman untuk Pelawat & Warga Kampung

Orientasi Warga Baru
Salam perkenalan untuk semua Warga Kampung...

Perjumpaan & Aktiviti
Bincang Bincang Tentang Perjumpaan & Aktiviti.

Kaji Selidik & Pandangan
Perbincangkan apa saja kaji selidik dan berikan pendapat anda berkenaan forum disini.

Bantuan Komuniti Kampungchat.net
Anda menghadapi masalah? avatar? terlupa pasword? Laporkan di sini dan dapatkan bantuan..

Cinta & Soal Hati
Bincang bincang soal cinta, perasaan, lelaki dan wanita.

Masalah Agensi Kerajaan
Bermasalah dengan mana-mana Agensi Kerajaan? Ingin mendapatkan panduan mengenai prosedur kerajaan? Sebarang fitnah amat di larang... Aduan/Kutukan hendaklah diajukan terus kepada jabatan terbabit

Seni & Kebudayaan
Mengenali kebudayaan sesuatu tempat

Keluarga Dan Kehidupan Masyarakat
Persoalan keluarga dan kehidupan harian...

Soal Jawab Agama & Perbincangan
Bincang-bincang persoalan agama.

Motivasi & Permasalahan
Permasaalahan Hidup.

Koleksi Hadis
Koleksi Hadis untuk tatapan semua.

Koleksi doa
Koleksi doa-doa mustajab

Apa Itu Komputer?
Kepada yang baru mengenali komputer ...

Internet
Hanya untuk internet sahaja... YM!, IRC, MSN dll

Virus & Vulnerable
virus dan penyelasaiannya...

Perkakasan & Perisian
Mengenai Komputer sahaja... Perkakasan dan Perisian

Games
Terbaru masa kini...

Telefon Bimbit & Nada Dering
Komen Anda ....... Dulu & Masa Kini atau ada barang bagus.

Remaja
remaja msa dulu dan masa kini.

Lelaki & GayaNya
Untuk Lelaki masa kini... Penampilan yakin dan Gaya

Wanita & GayaNya
Untuk wanita masa kini... Penampilan Anggun dan bergaya

Perniagaan Orang Kampung
Ruangan ini khas untuk soal jawab aktiviti perniagaan yang sedia ada diposkan oleh pihak Admin sahaja.Topik baru tidak dibenarkan (Topik baru anda poskan yang ada diruangan ini akan di delete/padam tanpa notis)

Perniagaan Awam
Ruangan Bincang Bincang Perniagaan.

Pasaran Saham & Komoditi
Bincang Bincang Saham

Resipi & Tip Masakan
Resepi tradisional dan moden pilihan sekeluarga...

Petua
Petua orang tua-tua... Pantang larang dan amalan tradisi

Kesihatan
Berkongsi pengalaman berumah tangga...

Kes Juvana
Kesah-kesah benar

Pelajaran.
Pembincangan umum IPTA/IPTS/Menengah/Rendah...

Alumni
Alumni IPTA/IPTS/Menengah/Rendah...

Bincang-bincang politik.
Perbincangan Hal Hal Politik DiDalam & Luar Negara

Lawak Jenaka
Gelak tawa pengusik jiwa... Teman bahagia

Sukan & Aktiviti
Aktiviti dan katogeri sukan di Malaysia dan luar negara.

Thursday, April 10, 2008

Renungkanlah

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya.
Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah perikemanusiaan.
Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa.
Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya.
Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Renungkanlah

Kita inginkan hari yang lebih cerah,
Tetapi Allah lebih tahu hakikatnya hujan perlu diturunkan.
Kita sering mahukan keseronokan.
Jauh sekali kesusahan.
Tetapi Allah lebih tahu kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan.
Kita sering inginkan ketenangan.
Hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan.
Tetapi manusia tidak dpt lari dari kesilapan.

Yang Terbaik Untuk Anda
"Sebaik-baik harta yang anda miliki adalah yang mendatangkan manfaat,
seagung- agungnya ilmu yang anda miliki adalah yang meninggikan darjat,
sebaik- baik rumah adalah yang memberikan keluasan dan sebaik-baik sahabat adalah yang sering menasihati anda"

Doa
Bila Allah cepat makbulkan doamu,
Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu,
Maka Dia mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...

Tatacara Perlantikan Pemimpin
Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain.
Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin,
maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim....... Al-Maa- Idah : 51

Berhati-hati apabila berkata-kata
Kata-kata yang di ucapkan sembarangan,
dapat mewujudkan perselisihan,
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan,
Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan,
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkatiHati-hati pada setiap tutur kata kita.

Bersahabatlah
" Jangan engkau ber sahabat dengan sahabat yang mana dia begitu ber harap kepada engkau ketika mahu menyelesai kan masalah nya sahaja sedang kan apabila masalah atau hajat nya telah selesai maka dia memutus kan kemanisan persahabatan. Ber sahabat lah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melaku kan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, mem beri per tolongan kepada engkau serta memadai dengan amanah nya atau sikap ber tanggung jawab nya ter hadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz

Renungan
Ukhuwah Itu Bukan Terletak Pada Pertemuan..
Bukan Pada Manisnya Ucapan Dibibir
Tapi Terletak Pada Pada Ingatan Seseorang
Terhadap Teman Dalam Doanya
[imam al-ghazali]

Bersahabatlah
" Jangan engkau ber sahabat dengan sahabat yang mana dia begitu ber harap kepada engkau ketika mahu menyelesai kan masalah nya sahaja sedang kan apabila masalah atau hajat nya telah selesai maka dia memutus kan kemanisan persahabatan. Ber sahabat lah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melaku kan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, mem beri per tolongan kepada engkau serta memadai dengan amanah nya atau sikap ber tanggung jawab nya ter hadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz

Kalam Hikmah
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

Akibat Cinta Dunia
Sesungguhnya dunia ini hanyalah untuk dilalui dan bukan untuk diramaikan. Hal itu tentunya telah Anda ketahui dan fahami.
Apa yang dicapai oleh orang-orang yang sangat cinta dunia hanyalah akan menyakitkan badan dan merosak agamanya.
Jika Anda tahu akan hal itu, kemudian Anda meratapi hilangnya sesuatu yang tidak sepatutnya Anda miliki, maka kesedihan itu akan menyiksa Anda, karena kelak Anda akan mengetahui maslahat di balik kehilangan itu.
Bersabarlah menerima kesedihan itu sebagai balasan kini, agar Anda selamat dari siksa yang datang kemudian. (Imam Ibnu al-Jauzy)

Kawan
KAWAN JANGAN BERSEDIH, JIKA KAU DI SISIH KAN .

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa IndonesiaUntuk rencana lanjutan, lihat Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia atau Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia
Tiada boleh dibezakan secara keterlaluan antara bahasa Melayu Piawai dan bahasa Indonesia kerana bahasa Indonesia sendiri didasarkan kepada bahasa Melayu dialek Riau yang merupakan bahasa Melayu Piawai. Namun, jika dibezakan daripada segi sejarah, budaya, perlakuan tata bahasa masing-masing, dll dengan bahasa Malaysia jelas adalah perbezaan yang ketara. Kedua-duanya boleh memahami antara satu sama lain, tetapi berbeza dari segi ejaan dan kosa kata jua. Bahasa Indonesia berbeza daripada Bahasa Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Tanah Jawa, Tanah Melayu, dan Belanda.

Sejarah Bahasa MelayuAsal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:
di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi. Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah Untuk rencana lanjutan, lihat Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah

Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunnan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro.

Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu: bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara) bahasa-bahasa Polinesia, umpamanya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, dan Maori bahasa-bahasa Melanesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian bahasa-bahasa Mikronesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa.

Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya:
Golongan Filipina: umpamanya bahasa-bahasa Tagalog, Iloko, Bikol, dan Sulu Golongan Sumatera: umpamanya bahasa-bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut Golongan Jawa: umpamanya bahasa-bahasa Sunda, Jawa, dan Madura Golongan Kalimantan: umpamanya bahasa-bahasa Iban, Kenya Kayan, dan Melanau Golongan Bali-Sasak: umpamanya bahasa-bahasa Bali, Sasak, dan Sumbawa Golongan Sulawesi Selatan: umpamanya bahasa-bahasa Makasar, Bugis, dan Seko Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: umpamanya bahasa-bahasa Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai. Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah ini, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan MelayuUntuk rencana asal, lihat Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu.

Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.

Perkembangan Bahasa MelayuKedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden
Perubahan Aksara Penulisan Bahasa Melayu Sehingga KiniPenulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:

Tulisan Rencong. Tulisan Pallava. Tulisan Kawi. Tulisan Jawi Tulisan Rumi
Pengaruh daripada bahasa asingBahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.

Pengaruh Bahasa SanskritBahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di:

Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Talang Tuwo, Palembang (684 M) Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M) Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M). Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.

Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu dosa dosa dukkha duka deva dewa rupa rupa samsara sengsara
[sunting] Pengaruh Bahasa JawaBahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:

Pengaruh melalui penyebaran cerita panji Pengaruh melalui interaksi sosial. Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.

Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor.
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.

Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
Perkataan Maksudnya Andong Kereta kuda(sewaan) Batok tempurung berangasan mudah naik marah wedana ketua daerah adipati raja

Pengaruh Arab-IslamBahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan tidak dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya:1- perbendaharaan kata2- sebutan kata3- tulisan

1- Perbendaharaan KataHampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
Bahasa Arab Bahasa Melayu Abah Abah Al-Kursiy Kerusi Asy-Syukr Syukur Jadwal Jadual Syakhsiyyah Sahsiah Qamus Kamus As-Subh Subuh

2- Sebutan KataPengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar kepada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mula dituturkan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul. Sebutan dengan pengaruh Arab-Islam ini turut membezakan antara penutur asal bahasa Melayu (iaitu orang-orang Melayu) dengan penutur bukan asal (seperti kaum Cina, India, atau bangsa Eropah) kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab.Contoh-contoh perkataan yang berbeza sebutan antara sebutan penutur Melayu dan penutur bukan Melayu:
Abdullah maklumat iklan qadhi


3- TulisanKedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbangkan kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan `Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran.Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran.

Pengaruh Bahasa Cina Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai etimologi berlabel C, ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Tapi bukan semua kata-kata yang berlabel C dalam Kamus Dewan Bahasa merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Dalam kajian kong 1993, telah menyimpulkan bahawa lebih kurang 261 kata patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada Bahasa Cina.

Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan oleh Kong iaitu:
Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan.
Barang kegunaan harian.
Adat istiadat.
Bangunan dan tempat.
Permainan perjudian dan kepercayaan Jabatan, kerjaya, dan posisi sosial.
Kenderaan dan alat pengangkutan.
Perkataan lain-lain.

Kajian ini juga dilakukan oleh Mashudi dan Yeong pada tahun 1989. Hasil kajian mereka mendapati terdapat lebih kurang 341 patah perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Cina. Kajian melihat pada fonologi perkataan Bahasa Melayu tersebut. Sistem fonologi kata asli Bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata Bahasa Cina.

Antara kata Bahasa Cina yang dipinjam dalam Kamus Dewan Bahasa ialah:
Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan harmoni vokal Anglo Apek Cingge Kaleng Kongsi Lio Liong Lisong Lokcuan Mahjong Panglong Singkong Taikong Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan rangkap nasal homorgan Angpau Bangpak Camca Kamsia Samsu Samseng Pinjaman kata Bahasa Cina yang tidak berlaku reduksi vokal Beca Camca Kekwa Nyonya Popia Misoa Mua Sempoa Taukua Pinjaman kata Bahasa Cina yang mengalami nasalisasi vokal Popia Misoa Sempoa Siya Taukua Prilaku fonologi pinjaman kata Bahasa Cina adalah bertentangan sistem fonologi bahasa Melayu.

Pengaruh Portugis

Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu adalah:
Bahasa Portugis Bahasa Melayu Armario Almari Garfo Garpu Igreja Gereja Limao Limau Toalha Tuala Janela Jendela Escola Sekolah Sapato Sepatu

Pengaruh Inggeris

Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah konotasi (connoctation), kompromi (compromise) dan siri (series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan.

Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata.

Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Book Buku
Lamp Lampu
Ball Bola
Mind Minda

Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2003) stesen televisyen milik kerajaan Malaysia RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (daripada bahasa Inggeris Your Infotainment Channel) dan ini menimbulkan kontroversi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa -tain- yang harus disebut seakan perkataan Melayu main, dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DPB dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun 2006 tema ini ditukarkan ke Saluran Inforia.

(Inggeris) Lebih mengenai pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu
[sunting] Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai nama rasmi.
Ada pihak yang memikirkan "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas Mei 13, 1969. Ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.

Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, "bahasa kebangsaan [Malaysia] ialah bahasa Melayu".

Namun begitu, Pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad.

Namun, kuasa menukar istilah demikian bukanlah hak individu. Oleh sebab itu istilah bahasa Melayu tetap digunakan.

Lihat jugaGedung Bahasa Melayu dari WikisourceBahasa rojak Bidalan Dewan Bahasa dan Pustaka Peribahasa Simpulan bahasa Singkatan kata Tatabahasa Perkembangan Bahasa Malaysia

Rujukan↑ Laman web Penerbit USM: Bahasa Melayu ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 Nik Safiah Karim dan dll. Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka 2006 ↑ Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 152 ↑ Zam Kesal Masih Ada Media Guna Istilah Bahasa Melayu. BERNAMA, 4 Jun 2007 ↑ Keputusan Tukar B.Melayu Kepada B.Malaysia Elak Polemik - Najib. BERNAMA, 4 Jun 2007 ↑ It's Malaysian language, not Melayu. Channel NewsAsia, 4 Jun 2007 ↑ Penggunaan Istilah Bahasa Malaysia Dan Bukan Bahasa Melayu Muktamad, Kata Zainuddin. BERNAMA, 5 November 2007 Dewan Bahasa dan Pustaka - Jilid 4 Bil.4 Disember 2004 - Halaman 705-723 - Jurnal Bahasa - ISSN 1511-9084

Apakah displin Islam dalam hubungan pertunangan?

Soal & Jawab
Jawapan Untuk Soalan Agama Majalah I

2. Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini.

Jawapan : Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif’ dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati’ kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina “rumahtangga” bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk “ Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : “telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : “ Adakah dikau punyai hajat kepadaku? “ ; maka anak perempuan Anas menyampuk : “ Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya ” ; maka Anas menjawab : “ Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW” ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)


2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali’ lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : “telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : “Adakah kamu telah melihatnya? : “Belum jawabnya” ; Nabi menjawab : “ Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)” ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : “ Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)


3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : “ Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH ” ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Wallahu’alam.

PENENTUAN MATLAMAT

SETIAP individu mempunyai matlamat hidup masing-masing. Jika ditanya apakah matlamat hidup kita, seorang peniaga akan mengatakan matlamatnya ialah untuk maju dalam perniagaannya. Seorang guru akan mengatakan agar ia dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya dan seorang pelajar pula
akan mengatakan tentang harapannya untuk beroleh kecemerlangan dalam
pelajarannya.

Sejauhmanakah matlamat itu akan tercapai? Semua matlamat yang dinyatakan di atas ialah matlamat jangka panjang iaitu suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan.

Tetapi pada saya mempunyai matlamat jangka panjang sahaja belum tentu kita akan dapat merealisasikannya. Apa yang saya hendak berkongsi pengalaman dengan para pembaca hari ini ialah setiap individu perlu juga mempunyai matlamat jangka pendek iaitu merupai tindakan serta keperluan yang harus dilaksanakan setiap hari.

Matlamat jangka pendek ialah segala tindakan yang kita perlu ambil setiap hari demi untuk memenuhi matlamat jangka panjang kita iaitu ke arah kecemerlangan.

Jika ia seorang ahli perniagaan, ia perlulah mempunyai satu matlamat bagi setiap hari atau minggu atau bulan. Contohnya seorang ahli perniagaan akan menyusun satu jadual atau pelan yang menunjukkan jumlah dan target barangan yang perlu dijual serta pelanggan-pelanggan yang perlu ditemui untuk tujuan urusniaga.

Bagi seorang guru mereka mempunyai rancangan mingguan dan harian yang menjadi panduan ke arah
melaksanakan tugasan mereka dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Rancangan inilah yang merupakan matlamat jangka pendek bagi seorang guru ke arah memenuhi matlamatnya untuk melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Bagaimanakah pula dengan seorang pelajar? Menetapkan satu matlamat di akhir persekolahan adalah
sesuatu yang baik kerana ianya merupakan satu destinasi dalam penentuan arah kehidupan.

Tetapi matlamat ini terlalu umum dan tidak mungkin tercapai sekiranya kita tidak berusaha memperolehinya. Setiap usaha memerlukan perancangan sama ada harian atau mingguan dan ianya merupakan satu keperluan bagi kita.

Perancangan dan keperluan inilah yang kita namakan sebagai matlamat jangka pendek seperti kata
pepatah melayu, "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit". Ianya merupakan satu susunan kerja yang perlu kita lakukan dan mencapainya setiap minggu secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit ke arah kejayaan diri.

Sebagai contoh matlamat-matlamat jangka pendek ini boleh dibuat dalam bentuk seperti berikut:-

  • Jadual kerja: Jadual kerja adalah merupakan satu jadual masa yang menyenaraikan segala kerja sama ada yang berkaitan dengan kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah ataupun kerja-kerja yang kita rancang sendiri. Jadual ini akan memberi satu maklumat kepada pelajar-pelajar tentang apa yang harus dilakukan dan dicapai pada hari tersebut.

  • Lembaran Analisis Pelajaran: Ianya merupakan satu helaian yang memuatkan topik-topik bagi satu-satu mata pelajaran yang tertentu yang telah diajar oleh guru sepanjang minggu. Di dalam helaian ini pelajar-pelajar akan mencatat perkara-perkara yang mereka masih tidak faham dan menetapkan satu target masa untuk menyelesaikannya.

Melalui Jadual Kerja dan Lembaran Analisis Pelajaran, pelajar-pelajar akan sentiasa mempunyai satu matlamat jangka pendek dalam proses pembelajaran. Matlamat inilah yang merupakan tindakan-tindakan yang harus diambil dalam menyelesaikan satu-satu tugasan.

Memenuhi matlamat jangka pendek adalah jalan ke arah mencapai matlamat jangka panjang.
Sesungguhnya seorang yang mempunyai matlamat jangka pendek yang jelas serta berusaha mencapainya adalah lebih baik daripada seorang yang mempunyai matlamat jangka panjang tetapi tidak berusaha untuk membuat perancangan dan tindakan untuk mencapainya.

Matlamat jangka pendek adalah merupakan jambatan emas ke arah memenuhi matlamat jangka panjang. Manakala matlamat jangka panjang akan terus menjadi satu angan-angan sekirannya
ianya tidak disusuli dengan tindakan.

My Education

University Malaya
University Malaysia Sarawak
UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak
International Islamic University Malaysia ( IIUM )
Universit Putra Malaysia
Multimedia University
Open University Malaysia
Universiti Malaya
Universiti Teknologi
International MedicalUniversit
Persatuan Alumni
Universiti Putra Malaysia
Multimedia University
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Kebangsaan Malaysia
UUM
Universiti Teknologi Malaysia
UNITAR University Library
KUKUM
Open University Malaysia
PERPUSTAKAAN UMS
Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia
International Medical University (IMU)
Perpustakaan UKM
Universiti Teknologi Petronas
Kolej Universiti Teknologi Dan Pengurusan Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia, Johor
Universiti Telekom, Malacca
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Teknologi Mara
Universiti Sains MalaysiaKuala Lumpur Infrastructure University College
Hospital UKM Library
Universiti Tun Abdul Razak
Pusat Kesihatan Universiti, PKU UUM
Kolej Universiti Islam Malaysia
HUKM - Hospital UKM
International Islamic University Library
School Of Computer Sciences USM
International Islamic University ( IIUM )
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
http://www.kuktem.edu.my/
Tunku Abdul Rahman College (TARC)
KDU Penang Homepage
KUSZA
Kolej SHAHPUTRA
Sunway University College
Pusat Kajian E-Komuniti
Senarai Kolej Berdaftar

Friday, April 4, 2008

Warga Pentadbir

Warga Pentadbir KampungChat.Net

Thursday, April 3, 2008

Sejarah Penubuhan

Setelah 10 tahun di Dunia Maya Internet. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang kami dapat dan Abg-As tempuhi. Pahit maung kehidupan terpaksa ditempuhi dengan penuh kesabaran. Blog ini dibina sebagai kenangan dan untuk tatapan anda semua sebagai warga KampungChat.Net dan ianya menjadi Nostalgia hidup kami.Sejarah Penubuhan Laman KampungChat.Net

Pada tahun 1997 sebelum ujudnya Laman KampungChat.Net kami hanyalah sebagai chaters biasa yang sentiasa memberi keceriaan dilaman chat lain. Kami semua menggembirakan sesiapa saja dimasa itu cara kami chat, kami tidak tumpukan kepada percintaan atau sebagainya. Kami sentiasa kekalkan ramai kawan/sahabat. Kenalan kami pada masa itu yang kami masih dalam memori kami ialah V6, Pain^Killer, KakRozie, Aku^Giloss, Zorro, LiMe, Psylo, FiNNa, Lyonn dan lain² lagi.

Selepas 6 bulan kami tidak kami sangka tidak sampai setahun kami terpikir dan tertanya macam mana ye orang bina laman web. Jadi pada Abg yang jenis ingin tahu ini kami cuba bina sendiri tapi gagal maklumlah pada masa itu umur sudah 29 tahun. Pelajaran tidak tinggi, english paham sikit² sahaja semua bahan dalam internet semuanya dalam english. Anda boleh bayangkan mungkin tertanya-tanya bagaimana orang yang tidak tahu english nak bina laman web semuanya english. Segala coding code segalanya english.

Tapi Abg tidak pernah putus asa, orang kata kalau nak seribu daya. Abg terus mempelajari sedikit demi sedikit. Jasa orang paling dekat dengan kami ialah AbgLong. Beliau banyak membantu kami. Akhirnya pada suatu hari V6 dan rakan² nya p2p Abg dan mendesak Abg supaya support beliau tapi Abg tak mahu. V6 ini tak pernah putus asa juga mendesak Abg supaya bina laman web KampungChat.Net dia desak supaya Abg membeli Domain Address ww.kampungchat.net beliau amat berminat untuk berjaya tetapi beliau berharap kepada Abg yang tidak mahir langsung tentang IT. Akhirnya Abg akur. Abg dan AbgLong beli domain melalui Internet.

Kami terus usahakan dengan sokongan kengkawan Abg. Akhirnya berjaya bina Laman web http://www.kampungchat.net/ Anda saudara² dan saudari abang, kakak dan adik yang Abg-As sayang dan Abg-As hormati terima kasih banyak² penghargaan dan sokongan anda semua tidak kira kecil atau besar jasa anda bersama KampungChat.Net jasa anda tetap Abg-As kenang untuk selamanya. Banyak kenangan manis dan pahit Abg-As alami dalam membina laman KampungChat.Net ini. Walau macam mana pun tetap dihadap walaupun dihujani dengan hentaman fitnah dari mereka² mungkin tidak sepakat atau tidak sama pemikirannya.

Begitu jua dari Hacker² dan pengguna internet yang sentiasa tisak pernah senang hati dan ingin mencerobohi laman KampungChat.Net sehinggalah ke hari ini.Nasehat dari Abg untuk anda semua carilah kawan yang sebenar yang boleh membina keharmonian hidup kita. sebaik-baik kawan ialah mereka yang sentiasa mengajak kepada kebaikan.

Terima kasih kepada semua Admin, Moderator dan semua warga yang memberi kerjasama dan setia bersama kami.

Abg-As......

Mutiara Kata

Mutiara Kata Penggiat Nasehat

Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki

Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan. Kemesraan dan kesefahaman antara suami isteri, membuahkan kerinduan yang mendalam. Jika kebahagiaan itu diganggu dengan duri-duri kehidupan yang menggores jiwa dan perasaan, secara perlahan kemesraan rumahtangga tersebut menjadi terhakis.

Untuk menetapkan kebahagiaan rumahtangga dari hakisan, hindarilah sesuatu yang dapat menimbulkan kebimbangan dan keraguan dalam jiwa.

Untuk itu pihak Darul Nu'man tertarik untuk menyampaikan mesej ini sebagai renungan ummah. Kemusykilan yang kami paparkan ini merupakan pertanyaan yang dilontarkan kepada pihak kami dalam internet.


Kemudian panel kami menjawabnya dengan menggunakan pendekatan agama dan psikologi. Dari jawapan itu kami merasa tertarik untuk menyampaikan perkara ini kepada kita semua.

Soalan: Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Daripada, Keluarga Muslim K. L.

Jawapan & Penjelasan: Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Syariat & Darurat
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Pemeriksaan Bulanan
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Aspek Psikologi Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga.

Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.
Menggerakkan Nafsu Syahwat

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Keretakan Rumahtangga Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim.

Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.

Wednesday, April 2, 2008

Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah


Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malumemberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibir nya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dansuara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malahberjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belumcukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu.

Panjatkan kesyukuran kehadratTuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga,dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cerminsaban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.Wajah akan suram, mata akan kelam.Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifatkeperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.Anda ingin lebih cantik dan menarik.



  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakinbening dan jernih.

  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yangterbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

  • Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semuadosa dan kesalahan yang anda lakukan.

  • Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yangakan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yangmerbahayakan.

  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

  • Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com