Saturday, March 15, 2008

Nostalgia Ku KampungChat.Net

Setelah 10 tahun di Dunia Maya Internet. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang Abg-As dapat dan Abg-As tempuhi. Pahit maung kehidupan terpaksa ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Blog ini dibina sebagai kenangan Abg-As dan untuk tatapan anda semua sebagai warga KampungChat.Net dan ianya menjadi Nostalgia hidup Abg-As.


Sejarah Penubuhan Laman KampungChat.Net

Pada tahun 1997 sebelum ujudnya Laman KampungChat.Net Abg-As hanyalah sebagai chaters biasa yang sentiasa memberi keceriaan dilaman chat lain. Abg-As semua menggembirakan sesiapa saja dimasa itu cara kami chat, kami tidak tumpukan kepada percintaan atau sebagainya. Abg-As sentiasa kekalkan ramai kawan/sahabat. Kenalan Abg pada masa itu yang Abg masih dalam memori Abg ialah V6, Pain^Killer, KakRozie, Aku^Giloss, Zorro, LiMe, Psylo, FiNNa, Lyonn dan lain² lagi.

Selepas 6 bulan Abg-As tidak Abg-As sangka tidak sampai setahun Abg-As terpikir dan tertanya macam mana ye orang bina laman web. Jadi pada Abg yang jenis ingin tahu ini Abg cuba bina sendiri tapi gagal maklumlah pada masa itu umur sudah 29 tahun. Pelajaran tidak tinggi, english paham sikit² sahaja semua bahan dalam internet semuanya dalam english. Anda boleh bayangkan mungkin tertanya-tanya bagaimana orang yang tidak tahu english nak bina laman web semuanya english. Segala coding code segalanya english.

Tapi Abg tidak pernah putus asa, orang kata kalau nak seribu daya. Abg terus mempelajari sedikit demi sedikit. Jasa orang paling dekat dengan Abg ialah AbgLong. Beliau banyak membantu Abg.

Akhirnya pada suatu hari V6 dan rakan² nya p2p Abg dan mendesak Abg supaya support beliau tapi Abg tak mahu. V6 ini tak pernah putus asa juga mendesak Abg supaya bina laman web KampungChat.Net dia desak supaya Abg membeli Domain Address
ww.kampungchat.net beliau amat berminat untuk berjaya tetapi beliau berharap kepada Abg yang tidak mahir langsung tentang IT. Akhirnya Abg akur. Abg dan AbgLong beli domain melalui Internet.

Kami terus usahakan dengan sokongan kengkawan Abg. Akhirnya berjaya bina Laman web
http://www.kampungchat.net/

Anda saudara² dan saudari abang, kakak dan adik yang Abg-As sayang dan Abg-As hormati terima kasih banyak² penghargaan dan sokongan anda semua tidak kira kecil atau besar jasa anda bersama KampungChat.Net jasa anda tetap Abg-As kenang untuk selamanya.

Banyak kenangan manis dan pahit Abg-As alami dalam membina laman KampungChat.Net ini. Walau macam mana pun tetap dihadap walaupun dihujani dengan hentaman fitnah dari mereka² mungkin tidak sepakat atau tidak sama pemikirannya. Begitu jua dari Hacker² yang sentiasa ingin mencerobohi laman KampungChat.Net sehinggalah ke hari ini.

Nasehat dari Abg untuk anda semua carilah kawan yang sebenar yang boleh membina keharmonian hidup kita. sebaik-baik kawan ialah mereka yang sentiasa mengajak kepada kebaikan.

Terima kasih kepada semua Admin dan Moderator yang memberi kerjasama dan setia bersama Abg-As.

Sekian dari,
Abg As

Tuesday, March 4, 2008

Dj Radio KampungChat.Net FM



Biodata saya:-
Nama : Dj Ibumisali
Lokasi: Konti Singapore
kata2 manis atau nasehat: Musik masa kini, irama mengusik jiwa, terus bersama kami di konti Singapore tentu saja bersama Dj.Ismail
playlist:
http://www.freewebs.com/ibumisali/















Biodata Saya:-
Nama – Dj Gelap
Konti – Kemaman, Terengganu
Umur – 31 thn
Status – Berkahwin
5) Hobi – Memancing
Cita-cita – Askar
Masakan Kegemaran – Mee Goreng
Minuman Kegemaran – Teh Ais
Penyanyi Kegemaran – Amy Search
Mutiara kata – Balas jasa Ibu Dan Bapa, selagi masih ada hayat mereka. Jika tidak kita akan menyesal. Sentiasa menghargai insan-insan disekeliling kita. Eratkan perhubungan dan sentiasa ceria














Nama : Dj Pu3ira
Alamat : Konti Ampang
Tarikh Lahir : 15 september aje yg ira ingat
Tempat Kelahiran : Pulau Pinang
Bil adik beradik : 3 org dan anak yang ke-2















NAMA : DJ TUAN
LOKASI KONTI : BKT BERUNTUNG,RAWANG,SGOR.

Jangan lupa trade mark Dj Tuan... Rasa Hati Rasa Jiwa Rasa Minda... Hidup Mesti Mantap. Teruskan Mantap bersama dengan Dj Tuan.
Dj Tuan tinggalkan pendengar semua dengan 3 rangkap pantun 4 kerat khas utk para pendengar setia radio kgchat.net FM.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh saya mendj lagi

Redup malam mencecah bumi
Tiupan angin membelai mimpi
Ucapan salam sayang inginku beri
Buat pendengar yang selalu kuingati

Tiba sudah Dj Tuan berangkat pergi
Mantapkan diri ceriakan hati,
Lepas ni insyaAllah mendj lagi,
Salam moga bersua kembali.
















NAMA : Dj kepok
ASAL : Kluang Johor
UMUR : 26thn
PERKERJAAN : Kira Kontena Kat Pasir Gudang...Part Time : Dj fanction untuk majlis majlis perkahwinan atau lain lain.















Nama: Dj Shai
Konti: Pandan Indah, Kuala Lumpur
DOB: 23 November 1975














Biodata Saya:-
Nama : Dj Ricky
Konti : Melaka Bandaraya Bersejarah
Umur : 27thn
Alamat : No-1, Jalan Indah bakti 1, Taman Surus Sekyen 1, Bukit Sebukoring
75150 Melaka Bandaraya Bersejarah
Status – Belum Berkahwin

Template by : kendhin x-template.blogspot.com